Tuesday 28 June 2011

POINT BEKAM THIBBUN NABAWI -QUMAH DUWAH (Tengkuk)


Sabda Rasulullah SAW "hendaklah kalian semua melakukan perubatan dengan bekam di tengah tengkuk,kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit"

Point bekam ini bermanfaat untuk penyakit ringan dan berat seperti pandangan kabur,meningkatkan daya ingatan,sakit kepala,sakit bahu dan kerongkong.

Sabda Rasulullah SAW...
"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"
(Hadis sahih)
 

RAWATAN BEKAM DI PUSAT KEPALA

MAMPU MENYEMBUHKAN GANGGUAN SAKA


Rawatan bekam di pusat kepala juga mampu menyembuh gangguan saka.Petanda seseorang itu terkena saka ialah ia kerap bermimpi menyusukan bayi,bermimpi ada oraang memberi amalan,boleh merawat dan mengurut belajar melalui mimpi,panas baran,mengetahui sesuatu perkara sebelum terjadi dan mudah melihat makhluk halus.Pesakit-pesakit gangguan saka disyorkan berbekam seminggu sekali sehingga sembuh,insyaAllah berkesan..

 

 

 MENYEMBUHKAN SEGALA JENIS SIHIR


Petanda terkena sihir ialah kerap sakit kepala,dada,pinggang,rusuk kiri kanan,jantung pada waktu lepas asar keatas dan kerap bermimpi yang menakutkan.Bagi rawatan bekam merawat sihir,mangsa-mangsa sihir perlu kerap berbekam di pusat kepala seminggu sekali sehingga sembuh,insyaAllah berkesan.

RAWATAN BEKAM DI PUSAT KEPALA MAMPU MENYEMBUHKAN SIHIR SANTAU

Rawatan bekam di pusat kepala juga mampu menyembuhkan sihir santau dan pesakit juga perlu mengamalkan minum madu asli 3x sehari selama sebulan.Kekerapan berbekam kes sihir santau ialah seminggu sekali sehingga sembuh.

MENYEMBUHKAN PENYAKIT STROK

Rawatan bekam di pusat kepala adalah titik yang paling afdhal dan mustajab dalam menyembuhkan penyakit strok dan juga rihul ahmar.Pesakit disyorkan berbekam 2 minggu sekali sehingga sembuh. 

Sabda Rasulullah SAW...
"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"
(Hadis sahih) 
 
 

RAWATAN BEKAM DI PUSAT KEPALA MAMPU MENYEMBUHKAN MASALAH RABUN MATA


Rawatan bekam di pusat kepala juga mampu menyembuhkan penyakit rabun baik rabun dekat ataupun rabun jauh.Pesakit rabun disyorkan berbekam di pusat kepala dua minggu sekali sebanyak tiga kali sesi,insyaAllah sembuh.

Sabda Rasulullah SAW...
"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"
(Hadis sahih) 

RAWATAN BEKAM DI PUSAT KEPALA MAMPU MENINGKATKAN DAYA INGATAN

Rawatan bekam dipusat kepala juga mampu meningkatkan daya ingatan dan memori serta meningkatkan tahap kecerdikan.Anda diluar sana perlu istiqomah berbekam sebulan sekali di pusat kepala pada pertengan bulan islam,insyaAllah berhasil.

Sabda Rasulullah SAW...
"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"
(Hadis sahih) 

DIAGNOSIS BEKAM-Analisa Ruas Jari


















Jika jari pesakit yang kita diagnosis itu ruas jarinya ada garis kehitaman,bermakna pesakit sedang mengalami masalah sembelit.Jadi jurubekam rujuk manual bekam dan bekam pesakit ikut point merawat sakit sembelit,insyaAllah dalam sekali bekam,masalah sembelit pesakit akan berkurangan.

Sabda Rasulullah SAW...
"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"
(Hadis sahih) 

DIAGNOSIS BEKAM-Analisa Bintik Putih Tapak Tangan

Bila kita analisis tapak tangan pesakit,jika banyak terdapat bintik putih pada tapak tangan bermakna badan pesakit banyak angin.Angin disini bermaksud gas yang terhasil dari pencernaan yang tidak sempurna.Angin mengikut istilah perubatan herba terdapat pada tiga tempat iaitu angin duduk,angin darah dan juga angin sendi.Bagi jurubekam,point bekam untuk menyingkirkan segala angin pada tubuh pesakit ialah bekam darah 10 point pada bahagian otot belikat,tengkuk dan juga bahu,insyaAllah sejurus lepas berbekam pesakit akan sendawa,badan pesakit akan terasa ringan dan juga tidak lesu lagi. 

Sabda Rasulullah SAW...
"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"
(Hadis sahih) 

DIAGNOSIS BEKAM-Analisa Tapak Tangan Cengkung

Bagi pesakit yang kita diagnosis tapak tangannya dan ada mengalami sedikit cengkung,ini menandakan pesakit mengalami penururunan sistem imunisasi pada sistem badan.Pesakit disyorkan berbekam pada point dada,tengkuk dan bahu 2 minggu sekali sebanyak 3x sesi,insyaAllah sistem imunisasi badan pesakit akan kembali normal.

Sabda Rasulullah SAW...
"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"
(Hadis sahih)